Angry Birds -  Help ◕‿◕ ﺍﻓﻧﺎﻥ ◕‿◕: 2009

Monday, August 24, 2009

anjing-anjing neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

TAPI SEBELUM TU TAJUK CERITA PERTAMA TADI IALAH ALQURAN SEBAGAI PEMBELA...

CERITA PERTAMA

<<>>
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

<<<<<assalamualaikum>>>>
insyaallah setelah lama tak update profile ni...hari ini ana akan menulis cerita kisah 2 islam yang mempunyai banyak pengajaran dan teladan daripada cerita 2 ini......
diharapkan dapat copy dan pastekan kat microsoft word dan edarkan cerita 2 ini kepada orang lain... setakat itu dulu>>>>> tuggulah cerita yang pertama ye........nantikan

Saturday, May 2, 2009

Dapat cousin baru......







PAKTEH DAPAT BABY........ DEKAT HOSPITAL BESAR IPOH(NAME LAME)........ LAHIRLAH SEORANG INSAN KE DUNIA INI BERNAMA U'MQASYAH....... PAK TEH YANG BAGI NAME TU.....YANG MEMBAWA MAKSUD ???????(CARI SENDIRI)......HEHEHEHEEEE..... NAK TENGOK GAMBAR BABY TU TAK NAK TENGOK INILAH GAMBARNYEEE....

Saturday, March 21, 2009

LUAHAN [P][A][L][E][S][T][I][N][E]...

DISINI
AKU BELAJAR MENJEJAKI LANGKAHMU
AKU BELAJAR MENGENAI NADA-NADA SAYUP
MELAUNGKAN SATU SERUAN KE ARAH PERJUANGAN
MELAUNGKAN SATU KATA YANG HANYA BUKAN KATA KOSONG
DISINI
AKU MELIHAT GUMPALAN DAGING DI MANA-MANA
AKU MELIHAT ANAK KECIL MENANGIS
MEMANGGIL IBUNYA YANG SUDAH LEMAH LONGLAI
TIADA LAGI NAFAS
AKU MELIHAT TIADA LAGI KEADILAN
AKU MELIHAT TIADA LAGI KEAMANAN
DISINI
AKU MULA MENGERTI SIAPA YANG KUAT MENINDAS
AKU MULA MENGERTI SIAPA YANG LEMAH DITINDAS
AKU MULA MENGERTI TIADA LAGI ERTI MAAF
APA YANG ADA HANYALAH KEZALIMAN MANUSIA
TAPI
MENGAPA KAMI YANG MENJADI MANGSA
MENGAPA KAMI YANG MENANGGUNG DERITA
MENGAPA KAMI MENDERITA MENITI HARI YANG TIADA AMANNYA
KAMI ANAK REMAJA YANG SUDAH TAK TAHAN LAGI
BUKALAH MATAMU
CUBALAH FAHAMI DIRI KAMI YANG MASIH TERKIAL KIAL
MENCARI ERTI KEHIDUPAN SEBENAR
PEDULILAH
IMPLIKASI YANG MENIMPA
PEDULILAH MASA DEPAN KAMI
DI MASA DEPAN YANG MUNGKIN MELIMPAHKAN DARAH
DI MASA DEPAN YANG MUNGKIN MEMPERDENGARKAN TANGISAN
KINI
KAMI INGIN BANGKIT DARIPADA DUNIA YANG PENUH SEKSAAN
KAMI INGIN BANGKIT DARIPADA TERUS LEKA DENGAN MIMPI NGERI INI
KAMI INGIN BANGKIT DARIPADA MEMPERJUANGKAN HAK KAMI
SEBAGAI
ANAK, MANUSIA, PELAJAR DAN PERINTIS MASA HADAPAN
SEDARLAH....
FAHAMILAH....
PEDULILAH....
NASIB KAMI
ANAK REMAJA DUNIA
HENTIKANLAH SEMUA PEPERANGAN
HENTIKANLAH SEMUA PROPAGANDA INI
DIPETIK DARI
BUKU AKRAB SIS 2008

BUKU AKRAB SIS 2008 DIEDARKAN

PADA PERTENGAHAN BULAN 2 2009, SEKOLAH IZZUDDIN SHAH TELAH MENGEDARKAN BUKU AKRAB KEPADA SEMUA WARGA IZZUDINIANS........BANYAK MAKLUMAT DAN INPUT-INPUT MENARIK YANG BOLEH DIDAPATI DI DALAM BUKU INI.........USTAZ MAT ISA DAN CIKGU HAJAH NOR NIZAH MERUPAKAN GURU TOKOH PADA TAHUN 2008........ MACAM MACAM LAGI GAMBAR YANG ADE DAKAM BUKU AKRAB....ANTARANYE:-
  1. GAMBO PERSATUAN DAN KELAB
  2. GAMBAR KELAS
  3. GAMBAR SENIOR
  4. GAMBAR IZZUDINIANS
  5. GAMBAR SEMUA GURU....

DAN LAIN LAIN........TIAP TIAP TAHU PELAJAR F2-F5 AKAN DAPAT BUKU AKRAB SEPERTI INI......................... DIHARAPKAN BUKU AKRAB AKAN BERTAMBAH CANGGIH DAN MENARAIK DARI SEMASA KE SEMASA...





BOIKOT BARANGAN ISRAEL LAKNATULLAH...


JIKA ANDA SIMPATI GAMBAR DI ATSA INI....TOLONGLAH BOIKOT BARANGAN BARANGAN ISRAEL LAKNATULLAH YANG DIJUAL DI MALAYSIA.....
ANTARA BARANGAN 2NYE IALAH:-
  • MAGGI
  • SEMUE JENIS BARANGAN NESTLE
  • COCA COLLA
  • KFC
  • MCDONALD
  • PEPSI

DAN LAIN LAIN LAGIIIII..........KALAU NAK SEBUT SATU PAGE NI PUN TAK ABIS LAGI.....

INGAT

SETIAP RINGGIT YANG KITE BELI BARANGAN ISRAEL ITU IBARAT KITA MEMBERI SEBUTIR PELURU UNTUK MEMBUNUH UMAT ISLAM......

SELAIN ITU KITA HENDAKLAH SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR PALESTINE MENANG SUATU HARI NANTI.......AMIN

ITU JE LA UNTUK KALI NI...WALLAHUALAM...........