Angry Birds -  Help ◕‿◕ ﺍﻓﻧﺎﻥ ◕‿◕

Friday, October 15, 2010

sorry....

srooy da lame tak update..... sebok sikit..... tgh musim pekse.... doakan ana berjaya... ok chow...

Saturday, July 24, 2010

CERITE MENARIK...

Assalamualaikum kepada semue pembace………. Hari nie aku nak bawak satu cerite yg mem punyai banyak pengajarannye….. cerite nie aku terbace dkt facebook kwn aku… so aku nak kongsi la cerite nie kat semue…. Cerite nie berlaku kat us…. Ceritenye bertajuk…


Kenapa Tak Rogol Saya?

pada 15hb Julai 2010 pukul 12.47 ptg


Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Monday, March 15, 2010

soalan uji minda.....senang jer....

SOLANNYE BERBUNYI...... BERAPE BANYAK TITIK HITAM YANG DITEMUI DI DALAM GAMBAR DI BAWAH.... HA CUBE TEKA.....?????


zwani.com myspace graphic comments
Myspace Funny Picture Comments

SAPE BOLEH JAWAB AKU BELANJE...... RM 2.00




SETERUSNYE...... BACELA SENDIRI... MALAS NAK TRANSLATE...

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Background


AKU TAK SUKE KERJE SEKOLAH..... KORANG??

KOME SEMUE SERONOK TAK KALAU ADE KERJA SEKOLAH BANYAK-BANYAK..... MESTI TAK SUKE... SAMELA MCM AKU.... ADD MATH LA MATHMOD LAA SEJARAH, BM....ARGGGGGHHHHH.... MALASNYE NAK BUAT

zwani.com myspace graphic comments
Myspace School Comments & Graphics

GAMBO KAT ATAS NIE IBARAT AKULAAA..... MALASNYE

SAPE RETI MAIN MENATANG NIE????


Aku merayu ... kepade sesiape yang reti menyelesaikan masalah cube rubik 3X3 bagi tau aku....... jenuh aku main tak dapat dapat sape reti main boleh ajo aku face 2 face................ boleh call aku kat nombor 012-5136503


budak bace yasin........

marilah same- same kite dengarkan budak nie bace surah yasin...... sedapnye suare die..... RUGI TAK TGK....




ini pulak video budak kecik bace surah 3 qul.............



sumber: youtube.com

bayi pelik tapi benar...........

tonton je la................



SEBARANG KOMEN TENTANG VIDEO NIE BOLEH LAH ADD AKU KAT MYSPACE ATAU FACEBOOK DAN KOMEN KAT SITU....

MYSPACE/FACEBOOK:- main_getah@yahoo.com

community 49 sekolah izzuddin shah

sekarang aku nak tunjuk memori dan kenangan mase lepas pmr dulu layan je la vi deo kat bawah nie...... AMARAN tengok video nie satu persatu mengikkut part...








minta maaf sangat-sangat.....

aku nak mintak maaf kat semue pembace blog ini..... sebab dah lama sangat dah tak update blog ni...... nak buat mcm mne????? aku sibuk dgn sekolah......
dah la banyak homework..... cuti jer homework...... add math la math mod laaa haaaa menyampah........so nak mintak maaf banyak- banyak yer...... aku akan cube sedaye upaye mengupdate kan blog ni... ok... bye...

saje nak promote laman web rasmi izzuddin....

sekarang ni sekolah izzuddin shah ade update laman web baru..... tahun 2010 punye......... so sape 2 yg bace blog nie... pegila kat laman web sekoklah izzuddin shah....pegi kat yahoo type sekolah izzuddin shah.... pastu klik yg kat atas sekali tu....

Monday, August 24, 2009

anjing-anjing neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

TAPI SEBELUM TU TAJUK CERITA PERTAMA TADI IALAH ALQURAN SEBAGAI PEMBELA...

CERITA PERTAMA

<<>>
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

<<<<<assalamualaikum>>>>
insyaallah setelah lama tak update profile ni...hari ini ana akan menulis cerita kisah 2 islam yang mempunyai banyak pengajaran dan teladan daripada cerita 2 ini......
diharapkan dapat copy dan pastekan kat microsoft word dan edarkan cerita 2 ini kepada orang lain... setakat itu dulu>>>>> tuggulah cerita yang pertama ye........nantikan

Saturday, May 2, 2009

Dapat cousin baru......







PAKTEH DAPAT BABY........ DEKAT HOSPITAL BESAR IPOH(NAME LAME)........ LAHIRLAH SEORANG INSAN KE DUNIA INI BERNAMA U'MQASYAH....... PAK TEH YANG BAGI NAME TU.....YANG MEMBAWA MAKSUD ???????(CARI SENDIRI)......HEHEHEHEEEE..... NAK TENGOK GAMBAR BABY TU TAK NAK TENGOK INILAH GAMBARNYEEE....

Saturday, March 21, 2009

LUAHAN [P][A][L][E][S][T][I][N][E]...

DISINI
AKU BELAJAR MENJEJAKI LANGKAHMU
AKU BELAJAR MENGENAI NADA-NADA SAYUP
MELAUNGKAN SATU SERUAN KE ARAH PERJUANGAN
MELAUNGKAN SATU KATA YANG HANYA BUKAN KATA KOSONG
DISINI
AKU MELIHAT GUMPALAN DAGING DI MANA-MANA
AKU MELIHAT ANAK KECIL MENANGIS
MEMANGGIL IBUNYA YANG SUDAH LEMAH LONGLAI
TIADA LAGI NAFAS
AKU MELIHAT TIADA LAGI KEADILAN
AKU MELIHAT TIADA LAGI KEAMANAN
DISINI
AKU MULA MENGERTI SIAPA YANG KUAT MENINDAS
AKU MULA MENGERTI SIAPA YANG LEMAH DITINDAS
AKU MULA MENGERTI TIADA LAGI ERTI MAAF
APA YANG ADA HANYALAH KEZALIMAN MANUSIA
TAPI
MENGAPA KAMI YANG MENJADI MANGSA
MENGAPA KAMI YANG MENANGGUNG DERITA
MENGAPA KAMI MENDERITA MENITI HARI YANG TIADA AMANNYA
KAMI ANAK REMAJA YANG SUDAH TAK TAHAN LAGI
BUKALAH MATAMU
CUBALAH FAHAMI DIRI KAMI YANG MASIH TERKIAL KIAL
MENCARI ERTI KEHIDUPAN SEBENAR
PEDULILAH
IMPLIKASI YANG MENIMPA
PEDULILAH MASA DEPAN KAMI
DI MASA DEPAN YANG MUNGKIN MELIMPAHKAN DARAH
DI MASA DEPAN YANG MUNGKIN MEMPERDENGARKAN TANGISAN
KINI
KAMI INGIN BANGKIT DARIPADA DUNIA YANG PENUH SEKSAAN
KAMI INGIN BANGKIT DARIPADA TERUS LEKA DENGAN MIMPI NGERI INI
KAMI INGIN BANGKIT DARIPADA MEMPERJUANGKAN HAK KAMI
SEBAGAI
ANAK, MANUSIA, PELAJAR DAN PERINTIS MASA HADAPAN
SEDARLAH....
FAHAMILAH....
PEDULILAH....
NASIB KAMI
ANAK REMAJA DUNIA
HENTIKANLAH SEMUA PEPERANGAN
HENTIKANLAH SEMUA PROPAGANDA INI
DIPETIK DARI
BUKU AKRAB SIS 2008